Allahyarham Y.BHG Datuk Haji Aziz Ibrahim DSPN, JMN, JP
Mulai persekolahan di Sekolah Rendah Francis Light dan Penang Free School. Beliau di anugerahkan (First Class Scout) . Di atas jasa pergerakan pengakap, beliau di anugerahkan dengan pingat (Round Silver) dan di lantik sebagai pengakap di raja (Kings Scout).
Datuk Haji Aziz bin Mohd Ibrahim adalah seorang tokoh politik dan perniagaan sejak tahun 50an seorang anak tempatan yang berjaya mengharumi nama negeri pulau pinang dan Malaysia di dalam dan luar negara. Beliau telah memegang beberapa jawatan penting semasa bersama UMNO sejak tahun 1950. Datuk Aziz di lantik sebagai JAKSA pendamai (JP) , di anugerahi Johan Mangku Negara (JMN) pada tahun 1968 dan darjah setia pangkuan negara - gelaran Datuk. Beliau juga menerima pengahargaan dari UMNO - Jasa Mu Di Kenang oleh Timbalan Perdana Menteri YB Dato Seri Anwar Ibrahim pada 1992. Datuk Hj Aziz telah dilantik memegang jawatan tertinggi di pulau pinang sebagai Pemangku Ketua Menteri 1962-63.
Penerima Anugerah Gelaran Datuk
Datuk Aziz mengiringi YM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah ( Perdana Menteri Pertama Malaysia )
Datuk Aziz mengiringi YM Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Hussein bersama Ketua Menteri Pulau Pinang Yang Amat Berhormat Tan Sri Wong Pow Nee
Datuk Aziz bersama President Amerika Syarikat Ronald Regan di Washington DC,USA
Bersama Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar bin Ibrahim semasa lawatan di Pulau Pinang
Datuk Aziz mengiringi Raja Negara Iran Mohammad Reza Pahlavi semasa lawatan di Pulau Pinang
Bersama Profesor Diraja Dr. Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid dan wakil negara Jepun ke mesyuarat ANGKASA Malaysia.
Bersama Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad
Mesyuarat Agong Persatuan Jaksa Pendamai Pulau Pinang - JP.
YM Tunku Bersama Ketua Menteri & EXCO Negeri Pulau Pinang
EXCO Pulau Pinang bersama TYT Tuan Governor Pulau Pinang Tun Tan Sri Syed Sheh Al-Haj Bin Syed Hassan Barakbah
Datuk Aziz bersama yang terutama Governor Albany, New York State
Ahli UMNO sejak 1950. Setiausaha UMNO Penang & Seberang Perai. Naib Perngerusi UMNO Cawangan Jelutong & Pengerusi Cawangan UMNO Gelugor 1964-86. Pengerusi Penang & National UMNO untuk persiapan sambutan hari Merdeka 1957-69.
Ahli Lembaga Pemegang Amanah Penang Free School ( Board of Trustees )
Pengurusi & Ahli Lembaga Penasihat PERKIM Penang & Ahli PERKIM Malaysia.
Ahli Lembaga Penasihat Bukit Bendera Pulau Pinang.
Ahli Angkasa Malaysia Berhad dan wakil kepada mesyuarat dan seminar antarabangsa dalam hal Perikanan & Pertanian.
Sebagai wakil Persekutuan Tanah Melayu di majlis pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (United Nation) di New York 1961.
Perlantikan beliau sebagai Timbalan Pengerusi International ICA Organization untuk sektor pertanian di Geneva, Switzerland, Tokyo, France, Germany, Italy, Denmark, Norway, Sweden, England, Amerika, Hungry, Findland, India, Russia, Thailand, Sri Langka, Indonesia, Philippines, Australia dan Singapore.
Pengerusi American Society di Pulau Pinang. 1969-71
Salah Seorang Pengasas Universiti Negeri Pulau Pinang 1962 yang kemudian dinamakan Universiti Sains Malaysia.
Naib Pengerusi Lembaga Pelajaran Negeri Pulau Pinang (State Education Board) 1958-1961.
Pengerusi Jabatan Perikanan Pulau Pinang
Timbalan Pengerusi dan Wakil Kerajaan kepada Persatuan Pelancongan Negeri Pulau Pinang.
(Penang Tourism Association) 1958-64
Pengerusi Lembaga Pengarah Hospital Besar Pulau Pinang. (Penang General Hospital)
Naib Pengerusi Lembaga Pendidikan Pulau Pinang. 1958-1961
Pengasas & Pegerusi Program Pertukaran Pelajar Sedunia Yang Pertama Di Pulau Pinang. (1st Student Exchange Program in Penang) - 1965.
Pengasas & Pengerusi Program Amal Jariah - Persatuan Anak-Anak Melayu Pulau Pinang , Persatuan Anak Yatim Pulau Pinang dan Pesta Pulau Pinang.
Pemergian Tokoh Negara yang berwibawa dan sangat dihargai oleh masyarakat Pulau Pinang, Datuk Hj. Aziz Mohd Ibrahim telah mengaharumi nama Malaysia dan Pulau Pinang ke persada antarabangsa.
JASA MU DIKENANG.
AL-FATIHAH.